Pantun Aluan
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Kuala segan,
Pemanis kata saya ucapkan,
Buat semua pembaca budiman.
Beli baju di pekan Rabu,
Singgah membeli buah berangan,
Saya sekadar blogger baru,
Silap dan salah tolong tunjukkan.
Monday, March 21, 2011
Koleksi Gambar Legging Dan Tips Pemakaian Legging: 6 Sebab Wanita Islam Dilarang Dan Diharamkan Pakai...
Koleksi Gambar Legging Dan Tips Pemakaian Legging: 6 Sebab Wanita Islam Dilarang Dan Diharamkan Pakai...: "Ramai di antara anda wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di khalayak ramai dan menjadi tontonan lel..."
Sunday, February 27, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Sunday, January 23, 2011
Resepi hujung minggu(botok-botok) dan khasiatnya...
Asalamualaikum, kita berjumpa lagi dan kali ini mama nak turunkan resepi turun menurun mama iaitu
Botok-botok.Resepi ini bukan saja sedap dimakan, disamping keenakan rasanya anda semua akan dapat kebaikan dari segi kesihatan dan juga untuk mengekalkan bentuk badan agar sentiasa kelihatan cantik dan sedap apabila mata memandang.... terdapat dari khasiat daun-daunan yang mama campurkan dalam menghasilkan botok-botok ini.
Bahan-bahannya;
1. Lada kering, bawang merah kecil,bawang puteh,halia dan sedikit cili padi dikisar.
2.Sedikit rempah kari.
3.Sedikit kelapa untuk dijadikan kerisik.
4.Sekeping asam keping.
5.Beberapa ekor ikan kembung pelalin (ikan lain pun boleh digunakan tapi kurang enak rasanya)
6. Daun-daunan;
Pucuk daun betik
Daun puding teh
Daun Mengkudu
Daun Senduduk
Bunga Kantan
Daun Kunyit
Daun selasih
Daun Pucuk Ubi
7.Beberapa helai daun pisang untuk pemungkus bahan-bahan kesemuanya diatas.
Cara-cara membuatnya;
1.Tumis kesemua bahan-bahan diatas dari no1 dan no2.Apabila sudag naik baunya masukkan
kerisik, garam dan serbuk perasa.
2.Celur daun-daunan diatas jangan terlalu layu dan ditos.
3.Bungkus kesemua daun-daunan yang telah dicelur tadi bersama-samabahan yang telah ditumis
dan aturkan ikan kembung kedalam daun pisang serta lipat bungkusan elok-elok agar campuran
tadi tidak terburai.
4.Kukus bungkusan hingga masak
5.Hidangkan bersama keluarga..
KHASIAT PUCUK BETIK;
1.Mengatasi sakit Migrain.
2.Merendahkan tahap Kolestrol dalam darah.
3.Menurunkan tekanan Darah Tinggi
4.Melangsingkan bentuk badan.
KHASIAT DAUN BUAS-BUAS / BEBUAS.
1.Membuang angin dalam badan.
2.Mengatasi cacing dalam perut.
3.Memperbanyakkan susu ibu terutama bagi wanita yang
menyusukan anak.
KHASIAT BUNGA KANTAN;
1.Mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk
badan.
KHASIAT DAUN PUDING;
1.Melawaskan air kencing.
KESAN-KESANNYA:
Daun-daunan yang digunakan dalam masakan ini mempunyai banyak khasiat seperti membersihkan pundi kencing dan akan sentiasa kelihatan awet muda
Cara-cara menyusun daun-daunan
BOTOK-BOTOK SIAP DIKUKUS.
BOTOK-BOTOK YANG TELAH SIAP UNTUK DIMAKAN.
SELAMAT MENCUBA..........
Cara-cara menyusun daun-daunan
BOTOK-BOTOK SIAP DIKUKUS.
BOTOK-BOTOK YANG TELAH SIAP UNTUK DIMAKAN.
SELAMAT MENCUBA..........
Saturday, January 22, 2011
Thursday, January 20, 2011
Thursday, January 6, 2011
JADIKAN MAKANAN SEBAGAI UBATMU DAN UBAT SEBAGAI MAKANANMU
r
LEMPUYANG/PUYANG (Zingiber aromaticum) |
Orang Jawa makan pucuk sebagai perasa makanan.. |
LEMPUYANG dari segi Perubatan(Madicinal uses)
1.Menambah darah-kurang darah dikalangan wanita
yang menyebabkan haid tidak menentu.
2.Gastrik.
3.Kaki bengkak selepas bersalin (afterbirth)
4.Membersihkan darah(blood clensing)
5.Kembung(colic)
6.Menambah nafsu makan(increase appetite)
7.Gatal-gatal(Itchiness)
8.Batuk(Cough)
9.Anti-kancer.
10.Melambatkan kesan HIV(Hiv inhibitory)
11.Ubat cacing(Vermifuge)
12.Sesak nafas(asthmatic)
13.Malaria.
14.Lemah uratsaraf(for weak nervous system)
15.Panaskan badan(Rheumatic)
LEMPUYANG dari segi Perubatan Tradisional.
1.Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin:
Isi lempuyang dijadikan makanan samada dijadikan jeruk, ulaman,air minuman dan lauk tambahan.
Cara-cara-nya:
JERUK=
Bersihkan isi lempuyang dan dipotong nipis-nipis.Rendamkan isi lempuyang tadi kedalam air suam yang bercampur dengan sedikit garam bukit selama 1minggu supaya isi lempuyang tadi sebati.Jeruk ini sesuai dimakan bagi ibu-ibu semasa dalam pantang.
ULAMAN=
Dimakan mentah-mentah bersama nasi panas.
MINUMAN=
Bersihkan isi lempuyang kemudian parut dan diperah untuk mendapatkan airnya. Sesuai diminum waktu pagi dan petang
sewaktu ibu dalam pantang.
LAUK TAMBAHAN=
Bersihkan isi lempuyang kemudian ditumbuk bersama-sama bawang putih, bawang merah,ikan bilis dan sedikit garam bukit sehingga lumat.Kemudian perahkan air asam jawa atau limau nipis kedalam bahan yang telah ditumbuk tadi. Gaulkan sehingga sebati.Sedap dimakan bersama-sama nasi panas semasa dalam pantang.Lauk ini enak sekali bagi orang- orang yang bukan dalam pantang dan dijadikan makanan harian.
KESAN-KESAN-NYA:
1. Membersihkan segala darah-darah kotor yang tertinggal dalam badan semasa menjalani proses bersalin.
2. Bagi bayi-bayi yang menyusu badan ini boleh mengelakkan bayi daripada mendapat penyakit demam kuning.
3. mempercepatkan proses mengembalikan kepada bentuk badan yang asal.
4. Merapatkan rongga-rongga yang terbuka luas kerana melahirkan bayi.
5. Baik bagi kanak-kanak bagi mengelakkan cacing dalam perut.
Sekian buat tatapan anda semua dan SELAMAT MENCUBA.
Wednesday, January 5, 2011
MENYAMBUT AWAL TAHUN BARU 2011 DIJOHOR BAHARU
Tuesday, January 4, 2011
KELETAH CUCU-CUCU MAMA.....
Bersama dgn anak ke3 mama,,,
Hari ini mama berasa sebak kerana anak ke3 mama baru berangkat pulang kePekan,Pahang bagi menjalankan tugasnya diHicom Malaysia.5hari mama bersamanya kerana bercuti dikampung.Anak bongsu mama pula duduk dirumah abangnya sambil bekerja sementara menunggu keputusan SPMnya.
Tinggallah mama berdua bersama suami mama yang telah bersara sebagai guru.Terasa pula seolah-olah seperti masa muda-muda dahulu apabila tinggal berdua sebigini.Tetapi ketika itu memang seronok bila berdua2an maklum ler ketika itu masih muda.Apabila usia sudah meniti senja ini terasa pula sunyi bila berjauhan dari anak-anak.Mujurlah mama ada anakangkat yang tinggal berhadapan rumah mama iaitu student UTHM.Merekalah yang selalu bertandang rumah mama sebagai penghibur mama dikala sunyi.Anak-anak mama pula selalunya balik kampung pada hujung minggu.Untuk mengisi kekosongan hati ini,mama juga bergiat dalam progrem E lerning Score A..Mama sering kekampung-kampung untuk memberi penerangan kepada ibubapa tentang kebaikan progrem ini.Disamping progrem ini membantu pelajar-pelajar untuk mencapai semua A dalam mata pelajarannya mahu pun dalam peperiksaan UPSR.PMR dan SPM, mama juga memperolihi wang sampingan(side income) hasil dari penatlelah mama sendiri bagi mengisi wang saku mama....Begitulah serba sedikit tugas harian mama,sekurang-kurangnya tidaklah mama kesepian terus bagi mengisi hari-hari yang bakal mendatang..............
Monday, January 3, 2011
harini 3jan 2011
ALHAMDULILAH......
Akhirnya mama dapat buat blogger sendiri.... Sekurang2nya bolehlah mama berkenalan dengan anda semua dan mama dapat berhubung semula dengan teman2 mama yang telah lama terpisah....Dan mama harap anda semua sudi berkongsi pendapat dengan mama mahupun dari segi pengalaman,petua2,penambahbaikan berkaitan dengan tanaman hiasan dan landskap........Diatas sumbangan idea yang anda berikan itu mama ucapkan jutaan terimakasih......
Akhirnya mama dapat buat blogger sendiri.... Sekurang2nya bolehlah mama berkenalan dengan anda semua dan mama dapat berhubung semula dengan teman2 mama yang telah lama terpisah....Dan mama harap anda semua sudi berkongsi pendapat dengan mama mahupun dari segi pengalaman,petua2,penambahbaikan berkaitan dengan tanaman hiasan dan landskap........Diatas sumbangan idea yang anda berikan itu mama ucapkan jutaan terimakasih......
Subscribe to:
Posts (Atom)