Pantun Aluan

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Kuala segan,

Pemanis kata saya ucapkan,

Buat semua pembaca budiman.


Beli baju di pekan Rabu,

Singgah membeli buah berangan,

Saya sekadar blogger baru,

Silap dan salah tolong tunjukkan.

Tuesday, January 4, 2011

Bersama dgn anak ke3 mama,,,


Hari ini mama berasa sebak kerana anak ke3 mama baru berangkat pulang kePekan,Pahang bagi menjalankan tugasnya diHicom Malaysia.5hari mama bersamanya kerana bercuti dikampung.Anak bongsu mama pula duduk dirumah abangnya sambil bekerja sementara menunggu keputusan SPMnya.
Tinggallah mama berdua bersama suami mama yang telah bersara sebagai guru.Terasa pula seolah-olah seperti masa muda-muda dahulu apabila tinggal berdua sebigini.Tetapi ketika itu memang seronok bila berdua2an maklum ler ketika itu masih muda.Apabila usia sudah meniti senja ini terasa pula sunyi bila berjauhan dari anak-anak.Mujurlah mama ada anakangkat yang tinggal berhadapan rumah mama iaitu student UTHM.Merekalah yang selalu bertandang rumah mama sebagai penghibur mama dikala sunyi.Anak-anak mama pula selalunya balik kampung pada hujung minggu.Untuk mengisi kekosongan hati ini,mama juga bergiat dalam progrem E lerning  Score A..Mama sering kekampung-kampung untuk memberi penerangan kepada ibubapa tentang kebaikan progrem ini.Disamping progrem ini membantu pelajar-pelajar untuk mencapai semua A dalam mata pelajarannya mahu pun dalam peperiksaan UPSR.PMR dan SPM, mama juga memperolihi wang sampingan(side income) hasil dari penatlelah mama sendiri bagi mengisi wang saku mama....Begitulah serba sedikit tugas harian mama,sekurang-kurangnya tidaklah mama kesepian terus bagi mengisi hari-hari yang bakal mendatang..............

No comments:

Post a Comment