r
LEMPUYANG/PUYANG (Zingiber aromaticum) |
Orang Jawa makan pucuk sebagai perasa makanan.. |
LEMPUYANG dari segi Perubatan(Madicinal uses)
1.Menambah darah-kurang darah dikalangan wanita
yang menyebabkan haid tidak menentu.
2.Gastrik.
3.Kaki bengkak selepas bersalin (afterbirth)
4.Membersihkan darah(blood clensing)
5.Kembung(colic)
6.Menambah nafsu makan(increase appetite)
7.Gatal-gatal(Itchiness)
8.Batuk(Cough)
9.Anti-kancer.
10.Melambatkan kesan HIV(Hiv inhibitory)
11.Ubat cacing(Vermifuge)
12.Sesak nafas(asthmatic)
13.Malaria.
14.Lemah uratsaraf(for weak nervous system)
15.Panaskan badan(Rheumatic)
LEMPUYANG dari segi Perubatan Tradisional.
1.Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin:
Isi lempuyang dijadikan makanan samada dijadikan jeruk, ulaman,air minuman dan lauk tambahan.
Cara-cara-nya:
JERUK=
Bersihkan isi lempuyang dan dipotong nipis-nipis.Rendamkan isi lempuyang tadi kedalam air suam yang bercampur dengan sedikit garam bukit selama 1minggu supaya isi lempuyang tadi sebati.Jeruk ini sesuai dimakan bagi ibu-ibu semasa dalam pantang.
ULAMAN=
Dimakan mentah-mentah bersama nasi panas.
MINUMAN=
Bersihkan isi lempuyang kemudian parut dan diperah untuk mendapatkan airnya. Sesuai diminum waktu pagi dan petang
sewaktu ibu dalam pantang.
LAUK TAMBAHAN=
Bersihkan isi lempuyang kemudian ditumbuk bersama-sama bawang putih, bawang merah,ikan bilis dan sedikit garam bukit sehingga lumat.Kemudian perahkan air asam jawa atau limau nipis kedalam bahan yang telah ditumbuk tadi. Gaulkan sehingga sebati.Sedap dimakan bersama-sama nasi panas semasa dalam pantang.Lauk ini enak sekali bagi orang- orang yang bukan dalam pantang dan dijadikan makanan harian.
KESAN-KESAN-NYA:
1. Membersihkan segala darah-darah kotor yang tertinggal dalam badan semasa menjalani proses bersalin.
2. Bagi bayi-bayi yang menyusu badan ini boleh mengelakkan bayi daripada mendapat penyakit demam kuning.
3. mempercepatkan proses mengembalikan kepada bentuk badan yang asal.
4. Merapatkan rongga-rongga yang terbuka luas kerana melahirkan bayi.
5. Baik bagi kanak-kanak bagi mengelakkan cacing dalam perut.
Sekian buat tatapan anda semua dan SELAMAT MENCUBA.