r
LEMPUYANG/PUYANG (Zingiber aromaticum) |
Orang Jawa makan pucuk sebagai perasa makanan.. |
LEMPUYANG dari segi Perubatan(Madicinal uses)
1.Menambah darah-kurang darah dikalangan wanita
yang menyebabkan haid tidak menentu.
2.Gastrik.
3.Kaki bengkak selepas bersalin (afterbirth)
4.Membersihkan darah(blood clensing)
5.Kembung(colic)
6.Menambah nafsu makan(increase appetite)
7.Gatal-gatal(Itchiness)
8.Batuk(Cough)
9.Anti-kancer.
10.Melambatkan kesan HIV(Hiv inhibitory)
11.Ubat cacing(Vermifuge)
12.Sesak nafas(asthmatic)
13.Malaria.
14.Lemah uratsaraf(for weak nervous system)
15.Panaskan badan(Rheumatic)
LEMPUYANG dari segi Perubatan Tradisional.
1.Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin:
Isi lempuyang dijadikan makanan samada dijadikan jeruk, ulaman,air minuman dan lauk tambahan.
Cara-cara-nya:
JERUK=
Bersihkan isi lempuyang dan dipotong nipis-nipis.Rendamkan isi lempuyang tadi kedalam air suam yang bercampur dengan sedikit garam bukit selama 1minggu supaya isi lempuyang tadi sebati.Jeruk ini sesuai dimakan bagi ibu-ibu semasa dalam pantang.
ULAMAN=
Dimakan mentah-mentah bersama nasi panas.
MINUMAN=
Bersihkan isi lempuyang kemudian parut dan diperah untuk mendapatkan airnya. Sesuai diminum waktu pagi dan petang
sewaktu ibu dalam pantang.
LAUK TAMBAHAN=
Bersihkan isi lempuyang kemudian ditumbuk bersama-sama bawang putih, bawang merah,ikan bilis dan sedikit garam bukit sehingga lumat.Kemudian perahkan air asam jawa atau limau nipis kedalam bahan yang telah ditumbuk tadi. Gaulkan sehingga sebati.Sedap dimakan bersama-sama nasi panas semasa dalam pantang.Lauk ini enak sekali bagi orang- orang yang bukan dalam pantang dan dijadikan makanan harian.
KESAN-KESAN-NYA:
1. Membersihkan segala darah-darah kotor yang tertinggal dalam badan semasa menjalani proses bersalin.
2. Bagi bayi-bayi yang menyusu badan ini boleh mengelakkan bayi daripada mendapat penyakit demam kuning.
3. mempercepatkan proses mengembalikan kepada bentuk badan yang asal.
4. Merapatkan rongga-rongga yang terbuka luas kerana melahirkan bayi.
5. Baik bagi kanak-kanak bagi mengelakkan cacing dalam perut.
Sekian buat tatapan anda semua dan SELAMAT MENCUBA.
terima kasih la yg tak terhingga buat mama saya krn dia lah yg menjaga mkan minum sy masa dlm pantang lagi2 utk 3 kali pembedahan masa melahirkan anak dulu.......makanan masa dpm berpantg dulu yg paling sy suka adalah ulam lempuyang...fuhh!! mmg sedap...terangkat beb bila makan... wlupun org kata pahit la...busuk la...xsedap la tp pd sy lempuyang la makann paling sedap sbb khasiat dia mmg byk giler...wlupun sy bersalin cra pembedahan tp bentuk badan ttp xberubah!!!...punggung ttp xkembang....pendek kata orang xpercaya sy dah ade 4 org anak...still mcm anak dara ( ceh wah bukan nak puji diri sendiri) tp ramai yg ckp cm tu...xcaya jumpa la saya...hihihih inilah hasil berpantang dengan lempuyang yg ade 1001 khasiat yg cukup baik utk wanita mcm kita nie......._
ReplyDeleteHanya bagi mereka sahaja,yang sudah merasainya betapa enaknya rasa dan keberkesananya....
ReplyDeleteBuletin utama hari ini 18jan 2011,menyiarkan LEMPUYANG adalah penawar bagi penyakit no1 dunia iaitu "SERVIK KANSER" kajian 10th dari UKM telah terbukti keberkesananya.sebagai penduduk Malaysia hari ini marilah kita menanam tumbuhan herba ini dan jadikan tumbuhan ini sebagai makanan harian agar kita terhindar dari penyakit ini menyinggah ketubuh kita....
ReplyDeletewaaa....lepas nie nak mkn lempuyang lagi byk...bykkk...sampai habis yg kat tanah tu semua kita cabuttttt..............
ReplyDeletekasi benih ye mama.hehe.kalo ade lebey.nt nak tanam kat uamh.nak jadi mcm k.dya jugak.chantek..
ReplyDeleteklu tuk auli nti mama uatkan.....pah tu ma bgi respinya uat maknan org kt klante agi....
ReplyDeleteokie mama.hehe.auli sokmo g mkn umah mama.hehe.nt dapat merasa lempuyang plok dh..
ReplyDeleteterima kasih mama..
nk mkn trus rumh mama pun xpe....tpi gg nk kuat tau...sb dindng rumg mama suma batu..nti jumpa pokok lempuyang kt tpi rumh,keh..keh..keh..mai ler rumh mama sllu.ma suka jer
ReplyDelete