Asalamualaikum, kita berjumpa lagi dan kali ini mama nak turunkan resepi turun menurun mama iaitu
Botok-botok.Resepi ini bukan saja sedap dimakan, disamping keenakan rasanya anda semua akan dapat kebaikan dari segi kesihatan dan juga untuk mengekalkan bentuk badan agar sentiasa kelihatan cantik dan sedap apabila mata memandang.... terdapat dari khasiat daun-daunan yang mama campurkan dalam menghasilkan botok-botok ini.
Bahan-bahannya;
1. Lada kering, bawang merah kecil,bawang puteh,halia dan sedikit cili padi dikisar.
2.Sedikit rempah kari.
3.Sedikit kelapa untuk dijadikan kerisik.
4.Sekeping asam keping.
5.Beberapa ekor ikan kembung pelalin (ikan lain pun boleh digunakan tapi kurang enak rasanya)
6. Daun-daunan;
Pucuk daun betik
Daun puding teh
Daun Mengkudu
Daun Senduduk
Bunga Kantan
Daun Kunyit
Daun selasih
Daun Pucuk Ubi
7.Beberapa helai daun pisang untuk pemungkus bahan-bahan kesemuanya diatas.
Cara-cara membuatnya;
1.Tumis kesemua bahan-bahan diatas dari no1 dan no2.Apabila sudag naik baunya masukkan
kerisik, garam dan serbuk perasa.
2.Celur daun-daunan diatas jangan terlalu layu dan ditos.
3.Bungkus kesemua daun-daunan yang telah dicelur tadi bersama-samabahan yang telah ditumis
dan aturkan ikan kembung kedalam daun pisang serta lipat bungkusan elok-elok agar campuran
tadi tidak terburai.
4.Kukus bungkusan hingga masak
5.Hidangkan bersama keluarga..
KHASIAT PUCUK BETIK;
1.Mengatasi sakit Migrain.
2.Merendahkan tahap Kolestrol dalam darah.
3.Menurunkan tekanan Darah Tinggi
4.Melangsingkan bentuk badan.
KHASIAT DAUN BUAS-BUAS / BEBUAS.
1.Membuang angin dalam badan.
2.Mengatasi cacing dalam perut.
3.Memperbanyakkan susu ibu terutama bagi wanita yang
menyusukan anak.
KHASIAT BUNGA KANTAN;
1.Mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk
badan.
KHASIAT DAUN PUDING;
1.Melawaskan air kencing.
KESAN-KESANNYA:
Daun-daunan yang digunakan dalam masakan ini mempunyai banyak khasiat seperti membersihkan pundi kencing dan akan sentiasa kelihatan awet muda
Cara-cara menyusun daun-daunan
BOTOK-BOTOK SIAP DIKUKUS.
BOTOK-BOTOK YANG TELAH SIAP UNTUK DIMAKAN.
SELAMAT MENCUBA..........
Cara-cara menyusun daun-daunan
BOTOK-BOTOK SIAP DIKUKUS.
BOTOK-BOTOK YANG TELAH SIAP UNTUK DIMAKAN.
SELAMAT MENCUBA..........
hamboie.. sodapnyer... nak skit le mama oi!!! laparrrrrrrr...
ReplyDeletealaaa noie, nti mama uatkan tuk noie...bior noie npk muda sokmo
ReplyDelete